SEJARAH



Sejarah Sekolah Agama Paya Mas.

Sekolah Agama Paya Mas telah ditubuhkan pada 1930an dengan menggunakan nama sekolah umum Paya Mas , Tangkak.Pada awalnya menggunakan sebuah rumah persendirian yang disumbangkan oleh Penghulu Atan  Bin  Haji Elah sehingga tahun 1959.Pada waktu itu muridnya hanya seramai 50-60 orang merangkumi darjah 1- 4.
Pada tahun 1960, Sekolah Agama Paya Mas telah ditumpangkan di Sekolah Kebangsaan Paya Mas ,Tangkak dengan kebenaran Pengetua Sekolah Kebangsaan Paya Mas, En. Othman  Bin Haji Saad, kerana tahap keselamatan bangunan yang digunakan oleh sekolah agama telampau uzur dan membimbangkan keselamatan murid-murid.
Bermula pada tahun 1960 sehingga sekarang bangunan sekolah agama masih lagi menumpang di sekolah kebangsaan iaitu lebih kurang 50 tahun kerana tiada bangunan sendiri. Pihak sekolah dengan kerjasama Badan Kebajikan berusaha dengan gigih bermula tahun1970 hingga 2005 telah berjaya mendapatkan sebidang tanah  sekolah yang dibeli oleh kerajaan negeri Johor dari pihak Tanah Merah Estet. tetapi bangunan sekolah masih belum didirikan .
Tahun 2005 hingga 2010 pihak sekolah dengan kerjasama Badan Kebajikan terus berusaha untuk mendapatkan bangunan sendiri .Pada awal tahun bulan Januari 2010 , pihak kerajaan negeri Johor mengumumkan melalui Pejabat Agama Daerah Muar akan membina sekolah agama mengikut fasa-fasa . Sekolah agama Paya Mas akan dibina pada fasa ke -2 iaitu bulan Julai 2010 tetapi sehingga akhir tahun 2010 masih belum didirikan . Pada tahun 2011 dengan berkat usaha yang gigih , akhirnya berjaya untuk mendapatkan bangunan sendiri dan akan dibina pada akhir tahun 2011 .   

No comments:

Post a Comment